TENTANG KAMI
Pergerakan Pengakap di Daerah Setiawangsa telah bermula sekitar tahun 2005, setelah Parlimen Setiawangsa ditubuhkan pada tahun 2004. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiawangsa telah didaftarkan pada 15 Mei 2015 dengan nombor pendaftaran PPM/D 237 pada tahun tersebut.
MISI & VISI
MISI PENGAKAP SETIAWANGSA
⚜ Menyelaraskan segala arahan dan maklumat pentadbiran dari Persekutuan Pengakap Malaysia dan juga pentadbiran Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
⚜ Mentadbir segala urusan kepengakapan dalam Daerah Setiawangsa termasuk pendaftaran keahlian di peringkat sekolah, kumpulan dan juga krew.
⚜ Melatih unit Pengakap Kanak-Kanak, unit Pengakap Muda, unit Pengakap Remaja, unit Pengakap Kelana dan barisan pemimpin pengakap dalam Daerah Setiawangsa hingga mencapai anugerah dan pingat yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
VISI PENGAKAP SETIAWANGSA
⚜ Selari dengan visi Persekutuan Pengakap Malaysia dan juga matlamat Pengakap Kuala Lumpur iaitu mengekalkan hubungan persaudaraan Pengakap di Malaysia serta Antarabangsa.
⚜ Melahirkan warganegara Malaysia yang ideal dengan Berpengakap di Setiawangsa.
⚜ Menanamkan semangat suka dan rela setiap ahli Pengakap Setiawangsa dalam berpengakap di Setiawangsa mahupun Malaysia.
⚜ Menjenamakan semula Pengakap Setiawangsa melalui unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana melalui jenama SetiawangsaScout.
⚜ Melaksanakan Skim Latihan kepengakapan terkini untuk semua unit yang telah disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
⚜ Melahirkan calon Pengakap dalam Anugerah Pengakap Raja dan Anugerah BP.