PENGAKAP SETIAWANGSA
SETIAWANGSA SCOUTS
SETIAWANGSA SCOUTS
Hari ini kita raikan wira tanpa jubah.
Mereka mendidik, membimbing, dan mencetus perubahan.
Selamat Hari Guru.
"Guru Pemacu Reformasi Pendidikan".
Dengan penuh rasa dukacita, Pengakap Daerah Setiawangsa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh warga SMK Tinggi Setapak atas musibah kebakaran yang menimpa asrama sekolah pada malam tadi (28 April 2025).
Kami mendoakan agar semua yang terkesan diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan usaha pemulihan berjalan lancar.
Salam takziah daripada kami.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Doreena Easter Anak Nipod atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiawangsa bagi sesi 2025 – 2027.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pergerakan Pengakap di Daerah Setiawangsa. Didoakan agar Puan Doreena terus diberi kekuatan, iltizam dan semangat juang yang tinggi dalam memimpin serta menyemarakkan semangat kepengakapan dalam kalangan generasi muda.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah!
#setiawangsascouts
#pengakapsetiawangsa
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Marwan Mohammad atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Persekutuan Wilayah Kuala Lumpur bagi Sesi 2025 - 2027.
Semoga dengan pelantikan ini, Tuan Marwan akan terus memacu kecemerlangan dan memperkasakan lagi visi serta misi Persekutuan Pengakap Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah!
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un...
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Presiden Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 (Isnin), pada jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Allahyarham Tun Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, berusia 85 tahun ketika pemergiannya. Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, dan pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.
Didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Dengan rasa sedih dan dukacita, dimaklumkan pemergian Saudara Mohd Faidzal bin Mohd Ali (Silent Key 9W2VEG) pada, Selasa, 1 April 2025 bersamaan 2 Syawal 1446H, jam 10.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham merupakan Mantan PIPNg PPMWPKL (Antarabangsa), Mantan ADC Program PPM Daerah Setiawangsa, dan Ahli Humanitarian & Emergency Response Team, yang banyak berjasa di peringkat negeri dan kebangsaan.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin.
Bersama kita raikan lebaran dengan penuh kesyukuran dan keceriaan.
Aidilfitri adalah waktu untuk kita perkukuh persaudaraan, memohon kemaafan dan memupuk kasih sayang sesama kita.
Moga Syawal membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kesejahteraan kepada semua warga KL Scouts.
#SalamAidilfitri #MaafZahirBatin #KLScouts #1446H #2025M
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tulus kami ucapkan kepada Datuk Haji Zakran bin Abdul Manan, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPMWPKL dari tahun 2017 hingga 2025. Dedikasi, komitmen, dan kepimpinan yang penuh inspirasi beliau telah membawa perubahan besar kepada gerakan Pengakap di negeri ini.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, banyak inisiatif dan program yang telah dilaksanakan untuk memperkukuh kedudukan dan martabat Pengakap di kalangan masyarakat. Kami amat berterima kasih atas segala usaha dan sokongan yang telah diberikan, dan semoga kejayaan yang dicapai akan terus memberi impak positif kepada generasi akan datang.
KLSCOUTS
Jemputan ke Majlis Santai Iftar Ramadan KLScouts.
Semua warga KLScouts dijemput hadir.
Pendaftaran boleh dibuat di pautan ini:
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdVGPQ7luzaHY.../viewform